Saturday, 9 February 2013

Tanda Allah Sayang Kita Dengan Memberi Dugaan...



 



"Kenapa mesti aku yang di timpa malang macam ni, bukan nya orang lain..huh"
"Kenapa mesti aku yang dapat keuntungan ni, bukan nya orang lain..."<----pernah keluar ayat macam ni???kita ini sentiasa nak mempertikai kan sesuatu perkara bila ia nya tidak memuaskan hati kita...tetapi bila Allah bagi sesuatu nikmat yg luas tak pernah pun kita nak ingat dan ucapkan syukur..

Ujian yg Allah bagi kepada setiap hambanya bukan untuk membebankan tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita...cubaan dan dugaan ini lah sebagai peringatan supaya kita tidak terus lalai dalam kehidupan dan sentiasa hanyut dalam kesesatan...

 " Wahai orang-orang yang beriman!Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar " (Al- Baqarah : Ayat 153 )

1. Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur
2. Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar
3. Manusia akan dinilai di hari pembalasan kelak

Ramai yang tewas apabila diuji dengan kemewahan, mereka mula lalai dan semakin jauh dari menginggati Allah sedangkan semasa ditimpa kesusahan mereka banyak menginggati Allah dan beribadah. Ramai juga yang tewas apabila ditimpa kesusahan dan kesukaran mula menyalahkan Allah, menjauhkan diri dari Allah dan berbuat kerosakan terhadap orang lain, sedangkan semasa senang dia banyak bersedekah, menderma dan menolong orang yang susah. Ramai mula yang gila, hilang punca dan pedoman hidup akibat ujian demi ujian yang diberikan ke atasnya.

Dengan dugaan yg Allah datang kan ini  lah sebenarnya akan membawa kita kembali kepada Allah dan memperbanyakkan amal ibadah kita...jadi redha lah dengan setiap ujian, bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan, bersabar bila di timpa musibah dan kesusahan...



Puisi Hidup Itu






Hidup itu.....


Kenangan lama tengah keheningan
Di kelam kesunyian malam
Hanya menggaung kaki tak terperanjak
Membisu di pertapaan malam
Sampai denting hati di titik nol
Arti hakiki di cari cari
Ayat ayat kasih di peluk

Melukis kabut tanpa dimensi
Di berapa langkah tubuh singgah
Seberapa jauh jejak sampai manusia lacak
Hidup itu hidup
Hidup tak di kata

Menuai sepenggalah kata dengan memecah asa kemustakhilan
Selaksa angan  buta
Larut di arus deras mimpi
Jauh menjauh
Semakin jauh diri memandang hati
Menilai diri semakin asing

Mengenal Erti Kehidupan


Ambillah waktu untuk berfikir, 
itu adalah sumber kekuatan,
 ambillah waktu untuk berdoa,
 itu adalah sumber ketenangan.
 Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yg diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat,
 itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang
yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan
berjaya.
Semua orang ada prinsip kehidupan, tidak kurang semua
orang ada rasa sensertif pada sesuatu... tidak perlu kita menonjolkan diri... 
bahawa kita seorang sahaja yang mempunyai perkara tersebut. 
Mungkin ini yang dimaksudkan manuasi itu sama. Bezanya hanya keimanan kita.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat
tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.
Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang
lain berbeza pendapat dengan kita.
Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang
berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah
orang yang tidak dianggap merdeka.
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang
putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak
akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah
dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak
bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas
suatu jangkamasa berlalu.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.
Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar
biasa.
Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,
tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000
tahun.
Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat
apa sahaja yang anda suka.
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang
mempergunakan kita.
Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.
Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara
yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap
mereka.
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui
adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah
yang kita tujui.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang
lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana
musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda
buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang
dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran
negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang
baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima
udara yang segar. Kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka
hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling
mudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,
manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa
merendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan
dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,
tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan
kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada
awan yang gelap.
Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi
sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi
sesaat.
Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak
harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang
dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta
tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup
dengan apa yang dimiliki.
Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai
keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat
berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan
bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa
                                                   menghormati orang lain.

Janganlah Bersedih






Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.


Wahai Hamba Ilahi,



Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..


 Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.



Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa – jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan
Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.



 Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..



Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.




Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)